hawa & tajul engagement + warkah terakhir untuk kekasih

Assalammualaikum wbt

Sorry for the hiatus. Life has been totally diff as I enter new chapter of my life. I am still trying to adapt with the whole current situation. As for now , I am really happy and enjoying each and every second of my life as so called professional house-husband and pujanggalah konon, part time photographer to great friend of mine while waiting for induction and BTN course before posted to any hospital in Malaysia for HO/ intern. Please pray for me.

Here you go….Tajul Fuad is my childhood friend. We have befriended ever since I was in primary school back in 1990+.We grew up together in the same house area in Bukit Chedang with other several kids. Alhamdulillah, I had the chance to cover Tajul’s engagement with his lovely fiancee Hawa at the Saujana Kuala Lumpur last Saturday. It was a beautiful ceremony with few VIPs like Dato’ K and wife Dato’ Siti, Datuk Fadzillah Kamsah as well as the TV3’s CEO and many others. From the bottom of my heart, I would like to congratulate both of you and may Allah bless you through the life with mawadah, mahabbah and rahmah. ( Belum kahwin lagi tajul …. Jangan bawa anak orang ke hulu ke hilir aje ..hehehehehe… )

Again, congratulations!

Continue reading →

alhamdulillah

Bismillah walhamdulillah
Assalamualaikum wbt

Alhamdulillah, pujian selayaknya kepada Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang yang telah menyatukan kami dengan secebis rasa kasih dan sayang dengan ikatan pernikahan. Setulus rasa kesyukuran dipanjatkan ke hadrat Allah SWT juga kerana majlis akad nikah dan kendurinya telah berjalan lancar. Dengan penuh rasa kesyukuran serta kehambaan kepada Allah, kami juga ingin merakamkan sekalung terima kasih buat semua di atas segalanya. Biarpun seribu cara untuk melafazkan rasa terima kasih ini, namun tiada satupun yang mampu menandingi apa yang telah kalian lakukan.

Hanya Allah sahaja yang mampu membalasnya.

Setakat ini, hanya dua keping gambar sahaja yang sempat kami pilih untuk dikongsi bersama. In sya Allah sekiranya ada waktu dan peluang, akan kami update dan kongsi lagi gambar-gambar yang lain pada masa akan datang. In sya Allah

Salam ingatan

Idham & Salwa

Continue reading →

Bahasa Bumi

Assalammualaikum wbt

Saya sekarang sedang online secara wifi dari KL Sentral. Maaf dalam kesibukan ini saya tidak berpeluang untuk membalas komen yang diberikan. Terima kasih tak terhingga atas ucapan tahniah. In sya Allah sekiranya ada kesempatan saya akan menjawabnya nanti.

ALhamdulillah, buku antologi Bahasa Bumi telah pun berada di pasaran. 2 daripada karya saya ada dikongsi bersama dengan 49 penulis lain. Dapatkan di pasaran sekarang. Berikut keterangan lanjut mengenai antologi Bahasa Bumi

BAHASA BUMI

Judul: Bahasa Bumi
Genre: Antologi puisi
Penyelenggara: Ainaa Mardhiah Suhaimi, Syazlin Sazali, Maisarah Shukri
Halaman: 190
Penerbit: GKLN Publishing House
ISBN: 978-983-44127-2-2
Tahun: 2008
Harga: RM15

BAHASA BUMI merupakan naskhah pertama Grup Karyawan Luar Negara yang menghimpunkan sejumlah 50 orang penulis luar negara termasuk Zaid Akhtar, Muhaimin Sulam, Fahd Razy, Hafez Iftiqar, Adibah Abdullah, Siddiq Osman, Ainaa Mardhiah Suhaimi, Syafiq Zulakifli, Alirfan Jindullah, Khairil Idham Ismail, Lailati Mahat dan ramai lagi. Para penulis ini kesemuanya sedang menuntut di pelbagai institut pengajian di seluruh dunia termasuk Sudan, Maghribi, Mesir, Jordan, Rusia, Jepun, India, Indonesia, Australia, Jerman, Republik Czech, United Kingdom, Ireland, dan Amerika Syarikat. Keseluruhan karya mempamerkan kepelbagaian tema dan teknik, merangkumi sejarah, politik, falsafh, tarbiyah dan dakwah, isu-isu semasa dan global, selain kemanusiaan dan kemasyarakatan. Usaha mengumpul 50 penulis luar negara ini akan dijadikan aktiviti tahunan penerbitan GKLN sebagai usaha menyemarakkan lagi kegiatan penulisan dari khalayak ini. Turut termuat 5 buah puisi yang telah memenangi Sayembara Puisi Islami Maghribi 2008 (SEMPURI) yang berlangsung pada awal tahun 2008.-GPH- (mungkin terlupa ada dari Rusia..hehehe) =)

http://gklnpublishinghouse.blogspot.com/

walimah

Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum wbt

Ikan di laut asam di darat
Dalam kuali bertemu jua
Hati terpaut janji diikat
Atas pelamin bertemu jua

Saya terkenang peribahasa lama dalam pantun klasik ini dan mula cuba memahami ertinya selepas mengalaminya sendiri pada saat-saat ini. Allah Yang Maha Bijak, Yang Maha Mengetahui apa saja yang tidak diketahui oleh sesiapa, Yang Maha Halus setiap aturannya ini membawa saya kepada nikah dan walimah sepertimana yang sudah dimaklumkan pada entry yang lepas.

Mungkin pantun berkenaan tidak berapa tepat dengan apa yang saya lalui, namun secara simbolik mungkin begitulah jodoh yang Allah aturkan untuk kami. Tiada percaya yang lebih dan yakin yang tinggi melainkan pada aturan Yang Maha Esa jua yang mengaturkan saya dengan bakal zaujah (isteri) bernama Salwa Binti Mohd Saleh ini.

Orangnya sungguhpun dahulu merupakan sezaman dengan saya pada tahun 2000-2001 tatkala mengutip mutiara-mutiara di taman ladangan waqafan namun penjurusan bidang yang berbeza, saya di bidang sains dan bakal zaujah di bidang sastera ikhtisas membuatkan tidak pernah ada perbualan antara kami baik di talian telefon, ruang maya menerusi internet, conference dan sebagainya. Tatkala saya menulis ini pun, bakal zaujah belum lagi saya temui dan saat terakhir saya melihatnya mungkin pada kira-kira 7 – 8 tahun yang lalu hingga masing- masing membawa hala tuju masing-masing seorang di Tanah Tsar dan seorang di negera Kiwi dan kini bakal zaujah sedang berkhidmat dengan syarikat pergalian minyak di menara berkembar, Kuala Lumpur. Lanjut mengenai dirinya, saya juga masih sedang mencari dan mengenali.

Sejurus saat saya umumkan yang lalu, pelbagai pertanyaan yang dilemparkan, ada juga yang merakamkan kalung tahniah dan sebagainya. Setulus hati saya merakamkan jutaan terima kasih atas segalanya. Semuanya berlaku dengan sangat pantas. Tentunya terima kasih dalam penuh kesyukuran dan penghargaan ini terutama saya rakamkan kepada Allah Yang Maha Esa kerana memudahkan urusan yang sungguh nampak begitu pelik di mata kita, namun siapa yang dapat menduga apa pula di mata Yang Esa. Sesungguhnya doa berpanjangan dipanjatkan agar terus dilimpahkan kemudahan dalam urusan ini dan juga urusan seharian.

Doa kalian agar semuanya selamat dan segala urusan dipermudahkan sangat-sangat diharap. Doakan baitul muslim yang bakal dibina menjadi sebuah keluarga sakinah yang penuh mawadah, rahmah dan mahabah serta melahirkan generasi masa hadapan yang memberi manfaat kepada umat seluruh dunia.

Wallhu’alam

Salam terakhir dari Moscow,
Khairil Idham Ismail

Continue reading →

sanah hilwa 24

sanah hilwa 24

Siapa tahu tempoh
hayatnya aku, lima puluh,
dua puluh lima atau berapa?

Bertambah umur pada angka,
berkurang menanti Izrail menyapa,
sedang diri masih ragu,
hidup yang lalu,
hidup yang baru,
kemanakah segala hala tuju?

Apa makna usia,
jika hidup menanti sahaja,
mengharap kasih tanpa mengasihi,
mengemis cinta tanpa mencintai,
sedang taulan mengucap selamat
sanah hilwa dua puluh empat!

khairil idham ismail
moscow russia
0736 jun12, 08

nama seorang raja

Nama seorang Raja

dari jendela istana,
kuperintah pada awan,
jangan disiksa rintihan,
jentayu, menangis menanti hujan,
di negeri kontang tiadalah sarang.

Pergi kau sang awan,
usap tangisan itu dengan hujan,
khuatir usah aku di negeri aman,
hatta jauh ke negeri kontang,
kepada aku rezeki tetap mendatang,
taklukanku bukan sebarangan,
aku raja yang berjuang.

suburlah ladang kemenangan,
khalifah tidak hidup bersenangan,
seorang menikmati kemewahan,
atas siksa sebuah keperitan,
mati jentayu kerana kebuluran,
bukan rindu yang tiada sempadan!

Akan kutadbir kerajaan,
adil, saksama dalam pemerintahan,
pada Tuhan kupohon pedoman,
kelak dinanti,disambut Ridhwan,
terhijab dari neraca ke neraka,
wajah syaitan di sebalik raja.

seluruh jelata dan kaum marhaen,
milik mereka seluruh kemewahan,
dan kekayaan di negeri aman,
aku raja bernama insan!

khairil idham ismail
moscow russia
0414 jun 07, 2008

sorot kembali

sorot kembali
(sejak 12 purnama merindu yang lalu )
Mata selalu terpaku di jam digital di hadapan komputer riba tatkala nombor menunjukkan 1206. Apalah yang begitu menariknya nombor tersebut. Mengikut tahun Masihi beberapa peristiwa mengambil tempat pada tarikh tersebut. Antaranya termasuklah Hari Kebangsaan Rusia, Hari keputerian Queen dan juga ulangtahun Hari Kasih Sayang Amerika Syarikat sempena mengingati keputusan mahkamah Arizona mengumumkan kebenaran perkahwinan campur antara kaum di negara tersebut.
a4
Continue reading →

berita minggu, jun08,2008+ dari tirai semalam

Berita Minggu: Jun 08, 2008 : Cium Peluk Ayah (Alfatihah buat Isbiha)

Continue reading →

mingguan malaysia, jun01 + nota kanda

mingguan malaysia jun01,2008 : 0.2 hektar yang hilang

alhamdulillah, moga pengajarannya yang diambil bersama bukan semata 0.2 hektar ini sahaja tapi lebih lagi hektar-hektar yang lain seperti di al-Quds juga!

Continue reading →